Pemain kacukan Malaysia, Dion Johan Cools telah tiba di Singapura pada hari ini bagi memperkuatkan cabaran skuad negara bertemu Filipina pada perlawanan esok hari (23 Mac). Malah kelibat beliau sewaktu sesi latihan Harimau Malaya di Stadium Clementi.
Sebelum ini Dion Cools bersama Liridon Krashniqi antara pemain yang tidak sempat menyertai sesi latihan pusat sewaktu di Malaysia dan perlu terus melapor diri bersama skuad kebangsaan di Singapura.

Kelibat pemain berusia 25 tahun ini pastinya menambahkan lagi keyakinan penyokong terhadap skuad kebangsaan Malaysia yang bakal menentang Filipina. Dion Cools sebelum ini menampilkan aksi yang cemerlang dibahagian pertahanan negara. Bahkan Dion Cools turut mampu beraksi dibahagian pertahanan tengah sedangkan posisi asal beliau ialah di pertahanan kanan.
Cools yang kini beraksi untuk kelab Zulte Waregem secara pinjaman telah melakukan 4 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Malaysia.
Kualiti teknikal serta pengalaman Dion Cools dipentas eropah pastinya ditagih oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi memperkuatkan barisan kesebelasan utama Harimau Malaya pada perlawanan menentang Filipina kelak.