Luar Biasa, Kemboja Panggil 74 Pemain Sertai Latihan Pusat
Dunia
Khmer Times
Advertisements

Pasukan bawah 23 tahun Kemboja dilihat sedang mengatur persiapan yang sangat teliti apabila memanggil seramai 74 orang pemain ke sesi latihan pusat bagi mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun.

Dalam senarai awal ini, pasukan itu telah pun menyenaraikan pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Kemboja (CPL), Liga Kedua Kemboja dan juga beberapa pemain yang diintai daripada pasukan wilayah.

Sungguhpun jumlah pemain dalam senarai awal ini melebihi kuota yang ditetapkan, penilaian akan dilakukan oleh barisan kejurulatihan pasukan sebelum memuktamadkan senarai akhir seramai 28 pemain untuk dibawa ke kejohanan tersebut.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Kemboja pada edisi kali ini di[ilih sebagai tuan rumah kejohanan menerusi satu pengumuman oleh Federasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) di samping menawarkan stadium baharu untuk menganjurkan semua perlawanan Piala AFF B-23.

Stadium baharu yang elegen dan canggih tersebut dilengkapi dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 60,000 bakal menjadi tumpuan para penyokong kelak.

Kemboja diundi bersama-sama pasukan Timor Leste, Filipina dan Brunei dalam kumpulan A. Kejohan akan berlangsung dari 14 hingga 26 Februari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram