Kemunculan Semula Hadi Fayyadh Sarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
hadifayyadh
Advertisements

Pemain muda yang berkelana di bumi Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh bin Abdul Razak kini kembali dipanggil oleh jurulatih B-23, Brad Maloney untuk ke Kem Latihan Pusat menjelang Sukan Sea 2021 di Vietnam tidak lama lagi.

Kali terakhir Hadi Fayyadh beraksi adalah pada tahun 2018 bagi kejohanan AFF U-19 Youth Championship dimana skuad kebangsaan B-23 merangkul kejuaraan selepas menewaskan Myanmar dibawah kendalian Bojan Hodak.

Dalam pada itu, pemain muda yang berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim juga turut tersenarai dalam 31 pemain yang dipanggil.

Advertisements

Kemunculan semula Hadi Fayyadh di pentas antarabangsa sememangnya satu usaha yang beliau dimahukan selepas berhempas pulas menimba ilmu selama tiga tahun di luar negara.

Untuk rekod, Hadi Fayyadh kini beraksi di Liga Divisyen ketiga J3 bersama Azul Claro Numazu secara pinjaman daripad kelab asalnya iaitu Fagiano Okayama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram