Kenyataan Jurulatih Kelantan FC Hampir Terbatal Berdepan JDT
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo vera pernah melabel juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai lawan yang amat hebat buat pasukannya di pentas berprestij Piala Malaysia.

Pengendali kelahiran Argentina itu akan memimpin The Red Warriors yang beraksi di laman sendiri bagi berhadapan dengan cabaran Harimau Selatan.

Beliau dalam satu temu bual selepas perlawanan berdepan KL City di Stadium Cheras tempoh hari memberitahu bahawa pasukannya masih dalam fasa mencari keserasian.

Advertisements

Bekas jurulatih Persita Tangerang itu memberitahu bahawa cabaran berdepan anak didik Tano Solari merupakan ujian getir buat pasukannya.

“Berdepan JDT (di Piala Malaysia) memang sukar. Kita tahu mereka (JDT) merupakan sebuah pasukan yang amat berpengalaman dan kuat di Malaysia.”

“Kelantan pula dibarisi pemain muda dan masih mencari keserasian dalam pasukan. Kami akan lakukan sehabis baik untuk berdepan JDT,” jelas Vera.

Advertisements

Kenyataan tersebut mungkin tidak sepenuhnya akan berlaku tatkala Kelantan dilihat ghairah membawa masuk muka baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Kemasukan bekas penjaga gol kebangsaan Iran, Aliakbar Ahmadi selaku penjaga gol import selepas Kevin Ray Mendoza bakal memberi suntikan pengalaman pada posisi tersebut.

Kelantan juga telah menandatangani bekas penyerang Kedah dan Sabah, Dennis Bushening bagi menajamkan lagi jentera serangan di samping kehadiran Alie Sesay untuk membantu pertahanan pasukan bagi mengurangkan defisit jaringan JDT.

Advertisements

Pasukan milik Norizam Tukiman juga sudha memiliki nama-nama seperti Nathanael Siringoringo dan Leonardo Rolón selaku pemain import pasukan.

Sebagai rekod, Kelantan tewas dengan keputusan 0-5 kepada JDT di laman sendiri kali terakhir mereka bertemu dalam saingan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram