Keputusan Penuh Undian Kumpulan ASEAN Hyundai Cup 2026
MakanBola
ASEAN United

Asean Hyundai Cup 2026 menyaksikan Malaysia diundi berdepan Thailand sambil Indonesia bakal menghadapi tentangan juara bertahan, Vietnam.

Majlis Undian yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 15 Januari 2026 itu menyaksikan debaran terasa bagi 10 pasukan yang mengambil bahagian.

Juara bertahan, Vietnam berada dalam Balang 1 bersama finalis tahun 2024, Thailand manakala Malaysia dan Singapura berada pada Balang 2.

Filipina dan Indonesia diletakkan dalam Balang 3 sementara Myanmar dan Kemboja diletakkan dalam Balang 4.

Penentuan penting bagi Balang 5 apabila Brunei dan Timor Leste bakal mengharungi aksi play-off untuk mengiringi Laos.

Aksi play-off itu akan berlangsung secara format kalah mati dan perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung secara round robin.

Setiap pasukan akan beraksi dalam dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan. Dua negara teratas bagi setiap kumpulan kemudiannya akan mara ke peringkat kalah mati yang merangkumi separuh akhir dan aksi akhir secara timbal balik (dua kali).

Kumpulan A menyaksikan pasukan seperti Vietnam, Singapura, Indonesia, Kemboja dan pemenang aksi Play-off dalam satu kumpulan.

Kumpulan B bakal diwarnai oleh pasukan seperti Thailand, Malaysia, Filipina, Myanmar dan Laos.

Kejohanan ini menyaksikan cabaran sengit buat semua pasukan yang bertanding untuk merebut kejuaraan daripada skuad Pahlawan Bintang Emas.

ASEAN Hyundai Cup edisi 2026 bakal menampilkan 10 pasukan dan berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos ini.

Live: Undian ASEAN Hyundai Cup 2026