Dunia
Advertisements

Keputusan perlawanan persahabatan semasa pramusim samada menang atau tewas bukanlah suatu keutamaan bagi pengendali Selangor, B. Satiananthan.

Beliau melontarkan nada tersebut selepas pasukan kendaliannya tewas 0-4 kepada juara Liga Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC dalam satu perlawanan tertutup yang berlangsung di Stadium Selayang, semalam.

Jelasnya lagi, walaupun keputusan itu mengundang kritikan sebilangan penyokong Red Giants namun jurulatih berusia 61 tahun ini menegaskan beliau mahu melihat peningkatan dari segi kecergasan dan keserasian pemain-pemain bersama pasukan sepanjang kempen pramusim kali ini.

Advertisements

“Memang dalam aksi persahabatan di permulaan, terutama dalam bulan ini, saya tidak boleh lihat keputusan. Saya mahu tengok kecergasan pemain. Ada pemain baru, keserasian perlu diraih,” katanya.

“Kelmarin kami tewas 4-0. Babak pertama 4-0 tetapi separuh masa kedua tiada sebarang jaringan. Saya memberi peluang beraksi kepada semua pemain. Apa yang saya lihat, daripada segi kecergasan sudah bagus tetapi banyak perkara perlu diperbaiki.” jelas Sathianathan.

SR 1 Keputusan Perlawanan Pra-Musim Bukan Keutamaan Sathianathan
Selangor Tewas 0-4 kepada Preah Khan Reach Svay Rieng

Sementara itu, menjelang saingan kejohanan pramusim, Asia Challenge 2020, Satianathan turut menekankan dua perkara yang sama iaitu kecergasan dan keserasian pasukan.

Advertisements

Mereka akan bertemu wakil Indonesia, Persib Bandung dan wakil Thailand, True Bangkok United dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 18hb dan 19hb januari di Stadium Shah Alam.

“Kejohanan ini adalah kejohanan pramusim. Jika kita mampu menjadi juara ia adalah bonus.

“Matlamat kejohanan pramusim ini adalah untuk menyediakan pemain ke arah ‘competitive mode’, memastikan mereka cukup cergas dan inilah yang akan kita usahakan.”

Advertisements

“Untuk kejohanan dua hari berturut-turut mustahil untuk saya meletakkan 11 pemain terbaik untuk kedua-dua perlawanan. Tetapi, saya pasti pemain yang bakal bermain dalam kejohanan ini bakal memberikan komitmen 100%,” tambahnya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram