Keputusan Sebutan Kes Akhyar Rashid Memihak Kepada Kedah FA
Dunia
Advertisements

Pada awal Januari tahun lalu, telah berlaku drama perpindahan kontroversi pemain muda negara, Akhyar Rashid daripada pasukan Kedah FA ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga mencetus pendebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Sebanyak RM 210,000 yang perlu dibayar oleh pemain muda itu kepada KFA sebagai menebus baki kontraknya ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Bagaimanapun, KFA dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.

Advertisements

Namun kini, KFA telah mendapat perkhabaran positif mengenai status Akhyar Rashid selepas kes perpindahan kontroversi pemain ke JDT hampir setahun berlalu.

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Setiausaha Agung KFA, Mohd Asmirul Anuar Bin Aris berkata keputusan oleh Asian International Arbitration Centre (AIAC) yang dirujuk sebagai Majlis Timbangtara, kes Akhyar kini telah memihak kepada KFA.

Bagaimanapun, jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh pihak JDT masih perlu dipertimbangkan.

Advertisements
Facebook Mohd Asmirul Anuar

“Apa yang dapat di fahami, menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah pampasan yang di tetapkan masih lagi perlu di pertimbangkan,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

“Berita ini bercampur [Suka dan ralat]. Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ‘ralat’ kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak di sertai bersama pampasan latihan.

“Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan di kalangan exco KFA agar dapat berbincang secara teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin di utamakan.

Advertisements

“Peguam mencadangkan agar kami (KFA)segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan.”

Mengenai jumlah pampasan, Amirul berkata tiada jumlah yang telah ditetapkan setakat ini kerana kes tersebut akan masih dalam proses perundangan (kes susulan).

Perpindahan Akhyar sebelum ini tidak dipersetujui oleh KFA, namun terpaksa akur dengan Artikel 15A Peraturan FAM sehingga mendorong KFA membawa kes tersebut ke mahkamah. Namun selepas beberapa siri rundingan dengan FAM, akhirnya bersetuju sekadar merujuk kes tersebut kepada AIAC yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram