Kerajaan Kaji Sumbangan Khas Buat Harimau Malaya
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kerajaan Malaysia menerusi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mengkaji untuk memberikan dana sumbangan khas kepada skuad kebangsaan kerana berjaya membawa Malaysia mara ke Piala Asia 2023.

“Insya-Allah saya akan bincangkan perkara tersebut dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja) serta akan turut berbincang bersama FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

“Ia mengenai keraian atau apa-apa sumbangan yang akan diberikan, kita akan berbincang mengenainya,” katanya kepada pemberita dipetik daripada laporan BERNAMA.

Advertisements

Ismail Sabri turut mahu melihat skuad negara mempamerkan aksi terbaik dalam kempen Piala Asia pada tahun hadapan.

“Ini cuma ujian pertama yang kita lepasi, ujian lebih besar adalah pada Piala Asia nanti untuk dapatlan tempat (keputusan) terbaik dalam pertandingan.

Sementara itu Malaysia turut akan membuat persiapan rapi sebagai persediaan menghadapi Piala Asia 2023 dengan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu gergasi Asia selepas ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram