Kerana Ronaldo, Al-Nassr Lepaskan Vincent Aboubakar
Dunia
B/R Football
Advertisements

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr menjadikannya sebagai penerima gaji pemain tertinggi di dunia. Tetapi disebabkan perpindahan ini juga, bintang Cameroon Vincent Aboubakar dilepaskan kelab secara persetujuan bersama.

Al-Nassr terpaksa berbuat demikian selepas diberitahu mereka mempunyai terlalu ramai pemain import dalam pasukan. Ini disebabkan kuota pemain import bagi kelab-kelab Liga Pro Arab Saudi ialah lapan orang pemain.

Sebelum ketibaan Ronaldo, Faris Najd mempunyai Aboubakar, Luiz Gustavo, David Ospina, Pity Martinez, Ghislain Konan, Alvaro Gonzalez, Jaloliddin Masharipov sebagai awang import mereka.

Advertisements

Dengan melepaskan Aboubakar, ia membuka ruang bukan saja kepada pendaftaran Ronaldo sebagai pemain Al-Nassr. Tetapi sebagai bukti kepercayaan bahawa dia boleh menggalas tanggungjawab memburu gol untuk Faris Najd.

Difahamkan, bekas penyerang Porto itu dilepaskan sebelum perlawanan liga Al-Nassr-Al-Tai’ee dua hari lepas. Semasa tempohnya bersama Faris Najd, Aboubakar menjaringkan 13 gol dan mencipta enam bantuan gol.

Advertisements

Ironinya, situasi ini dijangka menguntungkan bekas kelab Ronaldo, Manchester United. Dengan Aboubakar bergelar ejen bebas, maka tiada isu bagi Red Devils mendapatkannya pada musim perpindahan Januari bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram