Ketum PSSI Merayu Lepaskan Saddil Ramdani Ke Indonesia
Dunia
PSSI
Advertisements

Ketua Persatuan Bolasepak Indonesia, Mochamad Iriawan, menggesa Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berunding dengan pasukan Sabah FC untuk memberi pelepasan buat Saddil Ramdani untuk mewaikili skuad B-23 Indonesia di pentas Sukan Sea Hanoi.

Menurut Iriawan beliau akan berhubung terus dengan Datuk Hamidin dan berbincang cara untuk membenarkan Saddil menyertai pasukan kebangsaan Indonesia.

Tambah Iriawan lagi, barangkali ada dalam kalangan pemain Liga Super sendiri dilepaskan untuk mewakili Malaysia. Jadi pasukan Sabah juga perlu berlaku adil, untuk melepaskan Saddil Ramdani.

Advertisements

“Kami akan berhubung dengannya. Jika ada dalam kalangan pemain yang dilepaskan ke skuad bawah 23, jadi kami boleh menyatakannya kepada Presiden FAM. Saya akan melakukan perkara itu untuk membantu Saddil. Maksudnya saya sendiri yang akan berbincang terus dengan FAM.”

“Saya akan kata ‘izinkan Saddil dong‘ kerana pemain lain juga dibenarkan,” jelas ketum yang mesra disapa Iwan Bule.

Sebelum ini terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa Sabah FC tidak mahu lepaskan Saddil ekoran pemain sayap ini diperlukan untuk perkuat pasukan Sabah dalam saingan Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram