Advertisements
Ketum PSSI Sasar Indonesia Jadi Juara Piala AFF U-23
Dunia
MakanBola
PSSI

Selepas pasukan senior menjadi naib juara Piala AFF 2020 di Singapura, Indonesia kini mensasarkan pasukan bawah 23 tahun mereka untuk menjulang Piala AFF U-23 2022 di Kemboja.

Indonesia bakal turun selaku juara bertahan selepas memenanginya pada edisi tahun 2019. Ketua PSSI, Mochamad Iriawan yakin dengan sasaran tinggi tersebut selepas melihat majoriti pemain yang dipanggil adalah pemain yang sama ketika pasukan senior menjadi naib juara Piala AFF 2020.

“PSSI mensasarkan untuk menjadi juara Piala AFF U-23 ini. Kita datang ke Kemboja dengan status sebagai juara bertahan,” kata Mochamad Iriawan.

“Majoriti pemain yang akan diturunkan nanti adalah mereka yang sama-sama bermain di Piala AFF 2020 di Singapura,” tegasnya lagi seperti dipetik di laman Bola.

Untuk Piala AFF U-23 ini, Indonesia diletakkan di dalam kumpulan B bersama-sama Laos, Myanmar dan musuh serumpun mereka iaitu Malaysia.

Antara pemain yang dipanggil oleh Shin Tae-yong adalah Syahrian Abimanyu, Rachmat Irianto, Pratama Arhan dan Alfeandra Dewangga. Kesemua pemain yang dipanggil adalah pemain yang beraksi di Liga Indonesia.