Ketumpulan Penyudah Sabah Hampakan Ong Kim Swee
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Masalah jentera serangan Sabah FC yang tumpul dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 pada 6 Julai lalu mengecewakan pengendali mereka, Datuk Ong Kim Swee.

Sabah turun dengan misi bukan saja mengubah keputusan agregat selepas dibelasah Terengganu FC 4-0 dalam aksi suku akhir pertama pada akhir Jun lepas.

Ad
Sponsors

Malah, kemenangan aksi ini juga sebagai hadiah perpisahan buat penyerang Brazil, Ramon Machado. Ini selepas pengurusan skuad Badak memaklumkan Machado tidak lagi bersama pasukan.

Ad

Malangnya, ketajaman penyudah yang ditagih menerusi gandingan Machado, Jafri Firdaus Chew dan S. Kumaahran gagal menjelmakan jaringan.

Sebaliknya, skuad Peteh menambah lagi tiga gol menerusi Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Marin Pilj. Tiga gol tersebut mengesahkan kemaraan Terengganu ke separuh akhir dengan keputusan agregat 7-0.

Ad

Kim Swee menyifatkan penyudah tumpul menggagalkan usaha Sabah untuk mendapatkan keputusan yang bermakna dalam aksi berkenaan.

Ad

“Kita gagal menyempurnakan peluang tetapi Terengganu menyempurnakan peluang dengan agak mudah. Jadi, dua gol pada separuh masa pertama telah memadamkan apa yang kita inginkan.

Ad

“Dan kita harus mempersalahkan diri sendiri di mana saya percaya peluang-peluang yang kita cipta lebih banyak daripada Terengganu punyai. Mereka lebih tajam di depan gol.

“Dan pada separuh masa, sudah tentu berbeza di mana kita dibolosi lagi oleh satu gol mudah di mana kesilapan kita sendiri,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan yang disiarkan di Nadi Arena.

Sabah kini mengalihkan fokus kepada Liga Super di mana mereka akan berentap dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 13 Julai ini.