Kevin Ray Mendoza: Daniel Ting Mungkin Sedikit Cemburu Dengan Kami
Dunia
kl city football
Advertisements

Penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza menyatakan bahawa Daniel Ting mungkin sedikit cemburu dengannya selepas kejayaan KL City layak ke pusingan akhir Piala AFC.

Daniel Ting yang sebelum ini merupakan pemain pertahanan sensasi KL City telah menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan Jun yang lalu.

Mengenai perlawanan separuh akhir tempoh hari, beliau mengakui perlawanan menentang kelab dari Uzbekistan itu bukan lawan yang mudah ditambah dengan keadaan padang yang kurang memuaskan.

Advertisements

“Saya ada berhubung dengan Daniel Ting, beliau mengucapkan tahniah dan mungkin rasa sedikit cemburu dengan kami namun beliau tetap gembira dengan saya dan pasukan,” kata Mendoza kepada Harimau Malaya Youtube.

“Ianya bukan perlawanan yang mudah, keadaan padang menyukarkan kami akan tetapi hasil kerja keras kami ianya berbaloi.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1578377490073931781?s=61&t=9Jr8B84ye89xJcc7AZGbLw

Dalam pada itu, pemain berusia 28 tahun ini akui amat gembira membantu KL City melakar sejarah buat kali kedua.

Advertisements

“Saya amat gembira kerana bersama KL City dengan pencapaian ini, saya masih tak percaya bagaimanan kami lakukannya tapi dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi,” katanya lagi.

KL City sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi pasukan kedua dari Malaysia layak ke pusingan akhir Piala AFC.

Perlawanan akhir dijadualkan pada 22 Oktober ini menentang kelab dari Oman, Seeb Club.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram