Ads
Khabar Buruk Kem Negara Menjelang Olimpik Paris
UltraSukan
Olympics Malaysia

Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi, kontinjen negara dikejutkan dengan khabar duka melibatkan beberapa atlet.

Advertisements

Ini selepas Chef De Mission Sukan Olimpik 2024, Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin memaklumkan bahawa seramai tiga orang atlet kebangsaan dilaporkan mengalami kecederaan.

Advertisements

”Di dalam mesyuarat saya yang lepas, saya dapat maklumat terperinci kerana kita telah mula fokus di Paris dan kita tahu dalam senarai 18 atlet kita, seramai tiga atlet kita difahamkan mengalami kecederaan,” katanya menurut laporan Astro Arena.

Advertisements
Advertisements

Menurut beliau lagi, tiga atlet tersebut merupakan Nur Shazrin Abdul Latif dari sukan pelayaran, pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Shahrom dan juga Lee Zii Jia yang terbaharu dilaporkan mengalami kecederaan ketika saingan Malaysia Masters minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Datuk Hamidin melihat masalah kecederaan yang dialami oleh ketiga-ketiga prospek pingat ini tidaklah begitu serius dan memberi jaminan pihak Institut Sukan Negara (ISN) akan mengendalikan kes ini sebaik mungkin.

Advertisements

”Lee Zii Jia kita baru dapat laporan semalam (Ahad), Shazrin (Abdul Latif) dan satu lagi Shah Firdaus (Shahrom) tetapi saya ingat Institut Sukan Negara (ISN) dalam proses untuk merawat tiga pemain ini. Saya rasa tidak berapa serius,”

Advertisements

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirai pada 26 Julai sehingga 11 Ogos dan jumlah atlet negara yang layak bertanding di temasya sukan berprestij itu akan diumumkan seawal Julai nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram