Khalid Ali Percaya De Paula Keliru
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kelibat penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula menyarung jersi keramat Harimau Malaya sering kali menjadi topik hangat perdebatan lebih-lebih lagi apabila pemain kelahiran Brazil itu tidak menunjukkan aksi yang baik.

Bekas pemain bola sepak negara, Khalid Ali menyuarakan pendapat mengenai penyerang berpengalaman berusia 35 tahun itu. Khalid menganggap De Paula merupakan seorang penyerang yang keliru dengan fungsinya sebagai penggempur Harimau Malaya.

Selain itu, kemahiran De Paula juga sangat terhad apabila beliau tidak bagus dari aspek kawalan bola dan tidak berjaya menembusi pertahanan lawan.

Advertisements

“Beliau tidak tahu fungsinya sebagai penyerang utama, menerima hantaran dan melakukan jaringan…mungkin sebab itu permainan beliau kucar-kacir serta tidak bagus mengawal bola dan menembus benteng pertahanan.

“Beliau hanya bagus dalam melakukan jaringan dengan satu sentuhan sahaja…itu sahaja kemahiran dan badan dia yang besar dan tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pasukan Malaysia kendalian Kim Pan-gon telah melalui dua perlawanan persahabatan dengan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Brunei dan 2-0 dalam pertemuan dengan Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Skuad negara akan memulakan kelayakan Piala Asia 2023 dengan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti menentang Bahrain (11 Jun) dan diakhiri dengan perlawanan menentang Bangladesh (14 Jun).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram