Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menganggap skuad negara yang baharu dipilih Pan-gon sama sahaja seperti dulu, tiada apa yang istimewa beliau hanya tambah dua hingga tiga pemain sahaja.
Khalid menjelaskan situasi yang dialami Pan-gon mungkin tiada pilihan buat masa ini dan hanya meneliti kelompok pemain berkualiti yang ada setakat sekarang.
Dalam pada itu, Khalid juga menegaskan tentang peranan jurulatih baharu yang perlu menambahbaik kualti permainan setiap pemain dan beliau melihat Pan-gon ada cara tersendiri.
“Ini pasukan sama cuma ditambah dua hingga tiga pemain saja, dan kita boleh agak apa hasilnya nanti.
“Mungkin Pan-gon tak ada pilihan. Beliau mungkin lihat ini saja kelompok pemain berkualiti yang kita ada setakat sekarang. Ini menunjukan pemain lain masih jauh lagi untuk bersaing atau mengetuk pintu skuad negara,” katanya.
“Macam saya kata tadi, pasukan ini tak ada beza sangat dengan pasukan di Piala AFF bulan 12 lalu dan juga masa Kelayakan Piala Dunia di UAE (Emiriah Arab Bersatu) tahun lepas.
“Cuma di sinilah peranan jurulatih baharu nak corakkan dan ubah cara permainan pemain. Saya jangka Pan-gon amalkan corak latihan keras ke atas pemain.
Khalid turut mengingatkan setiap pemain terutamanya adalah mengubah sikap terlebih dahulu dan meletakkan diri bermain bersungguh-sungguh untuk saingan yang akan datang demi negara.
“Kita tahu jurulatih dari Korea selalu tegas dan saya nak lihat pemain kita yang manja ini boleh ikut cara beliau atau tidak.”
“Pemain kena ubah sikap. Mereka kena letak jiwa bermain untuk negara, dan paling penting negara adalah segala-galanya dan bukan kelab,” katanya kepada Harian Metro.
Skuad baharu kebangsaan ini akan mengadapi dua aksi persahabatan Tier 1 menentang Filipina dan Singapura hujung bulan ini yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Singapura.