Dunia
Photo: BERNAMA
Advertisements

Bekas penyerang lagenda pasukan kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menyatakan dalam satu sesi soal jawab di Facebook MakanBola mengenai disiplin dan mentaliti pemain-pemain muda hari ini.

Bekas pemain Perak itu berkata, secara jujurnya dia merasakan bahawa mentaliti pemain muda yang bermain di Liga Malaysia ketika ini agak kurang berbanding para pemain dahulu.

Baca: Khalid Jamlus: Penyerang Negara Perlukan Lebih Minit Permainan Liga

Advertisements

Ketika ditanya mengenai pandangan beliau terhadap disiplin pemain-pemain muda ketika ini, beliau yakin bahawa mentaliti yang baik pada seseorang pemain akan mempengaruhi disiplin mereka.

ronaldo training at home Khalid Jamlus: Latihan Tambahan Membentuk Mentaliti Pemain Bintang
Ronaldo melakukan latihan sendiri walaupun diluar waktu ‘pejabat’. Gambar Instagram @Cristiano

Beliau turut menceritakan pengalamannya ketika mengendalikan skuad PDRM FC sebelum ini.

“Dengan ketegasan dan cara saya, saya telah diarahkan untuk tidak melakakukan ‘extra work‘ untuk para pemain, katanya pemain akan letih.”

Advertisements

Ujarnya lagi, para pemain dulu lain. Pemain dulu lebih suka apabila barisan jurulatih melakukan ‘extra work‘. Sering meminta untuk latihan tambahan dan sendiri berusaha untuk meningkatkan kualiti permainan.

Tambah beliau, latihan ekstra amat bagus untuk diterapkan kepada semua pemain. Pemain yang ingin menjadi bagus akan sering meminta untuk kerja dan ‘homework‘ tambahan.

Khalid Jamlus turut memohon maaf atas kenyataannya itu dan berharap pemain bola sepak di Malaysia menjadikan kata-katanya itu sebagai pembakar semangat untuk turus berusaha meningkatkan prestasi.

Advertisements

“Saya mohon maaf tetapi jadikan apa yang saya cakapkan ini sebagai pembakar semangat. Jangan mudah putus asa.”

Saksikan sesi sembang santai bersama Khalid Jamlus di Facebook.

Kredit gambar: BERNAMA

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram