Khatul Anuar Idam Sarung Jersi Kebangsaan
Dunia
officalpenangfc
Advertisements

Penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar menyatakan hasrat mahu sarung jersi negara jika diberi peluang kerana bagi beliau setiap pemain juga impikan bermain untuk Harimau Malaya.

Khatul sebelum ini menampilkan persembahan yang cukup cemerlang ketika menafikan beberapa percubaan bahaya oleh pasukan JDT pada perlawanan pertama tempoh hari.

Dalam pada itu, penjaga gol berusia 24 tahun ini bersikap positif dengan rezeki yang bakal diperoleh setelah sudah membuktikan kemampuannya dalam perlawanan sebelum ini kepada jurulatih.

Advertisements

“Apabila saya datang ke Penang saya sudah sedia maklum Hafizul juga ada, tetapi saya yakin jika saya berusaha rezeki pasti ada. Sejak latihan hari pertama saya memang bekerja keras untuk memikat hati jurulatih.”

“Alhamdulillah usaha keras saya terbalas. Saya sebenarnya tak sangka apabila jurulatih senaraikan nama saya dalam kesebelasan utama menentang JDT, tapi saya melihat ia dari sudut positif,” ujarnya.

Beliau juga terus konsisten dan memberikan yang terbaik untuk menyertai kem kebangsaan bagi perlawanan persahabatan pada hujung bulan ini sekiranya dipanggil.

Advertisements

“Sekiranya saya dipanggil sudah pasti saya akan pergi. Semua pemain mahu main untuk negara,” katanya kepada Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram