Khuzaimi & Faisal Halim Dikhabarkan Sudah Tandatangani Kontrak Bersama Selangor
Dunia
SF Edit
Advertisements

Bintang Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee dan pemain sayang Terengganu, Faisal Halim dikhabarkan telah bersetuju untuk menyertai skuad Selangor untuk musim 2023.

Menerusi ciapan Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam; Khuzaimi Piee, Faisal Halim dan V. Ruventhiran telah bersetuju untuk menyertai skuad jagaan Tan Cheng Hoe.

“Good fight Selangor. Musim depan dijangka lebih padu. Faisal Halim, Ahmad Khuzaimi Piee dan V. Ruventhiran done signing!” – Dipetik dari Twitter Zulhelmi.

Advertisements

Bersama Negeri Sembilan, Khuzaimi berjaya membantu skuad itu mara ke suku akhir Piala Malaysia selain menamatkan musim gemilang Negeri Sembilan di tangga ke-4 Liga Super.

Faisal Halim pula berjaya membawa Terengganu ke Asia selepas menamatkan musim 2022 di tangga ke-2 Liga Super di belakang JDT.

V. Ruventhiran pula merupakan antara tonggak utama PJ City yang membuat keputusan untuk tidak beraksi di Liga Super musim hadapan.

Advertisements

Penyertaan 3 pemain ini ke Selangor bakal memperkuat skuad sedia ada yang cemerlang sejak berada di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram