Khuzaimi Pertahan Devan, Beliau Bukan Rehatkan Pemain Sesuka Hati
Liga Super
NSFC1923
Advertisements

Tindakan jurulatih Negeri Sembilan, K.Devan merehatkan ramai pemain tonggak ketika tewas besar 0-5 kepada Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu lalu, diketahui mengundang kecaman dari penyokong setia pasukan itu.

Apatah lagi, ia adalah perlawanan yang cukup penting untuk pasukan hoben jang hoben untuk terus menyalakan peluang menghuni kedudukan tiga teratas yang kini menjadi pertarungan tiga penjuru bersama-sama dua lagi pasukan iaitu Sabah dan Terengganu FC.

Di sebalik pentingnya mengutip mata menentang JDT, Devan pada perlawanan itu memilih untuk tidak menurunkan barisan terkuat.

Advertisements

Antara tonggak utama yang direhatkan termasuklah penjaring terbanyak mereka Gustavo Almeida, Yashir Pinto, pertahanan kental Herold Mark Goulon malah pertahanan skuad kebangsaan Ahmad Khuzaimi Piee pula tersisih kerana penggantungan perlawanan.

Menyedari Devan dikritik hebat, Khuzaimi tampil mempertahankan jurulatihnya itu dengan menyatakan beliau bukannya melakukan perancangan sesuka hati.

“Bagi kami, jurulatih sememangnya mempunyai perancangan yang tersendiri dan beliau sentiasa berbincang dengan pemain-pemain dahulu sebelum nak letak dalam kesebelasan utama.

Advertisements

“Perkara itu tidak menjadi masalah untuk kami sebab kami tidak kisah siapa pun yang bermain dan hari itu saya nampak pemain telah melakukan segalanya.

“Memang rasa agak ralat apabila kalah besar tetapi saya percaya jurulatih juga telah melakukan yang terbaik untuk pasukan”, ujar pemain pertahanan berusia 29 tahun itu.

Tambah Khuzaimi lagi, “Ketika lawan JDT tempoh hari, saya ada datang tengok perlawanan itu dan walaupun saya tidak bermain, saya boleh nampak rakan-rakan tetap bermain dengan bagus.

Advertisements

“Selepas ini, Insya-Allah saya akan kembali bermain dan kami cuba untuk tidak lagi tercicir mata sebab misi kita adalah untuk slot Piala AFC tahun depan.”

Sebagai rekod, Negeri Sembilan ketika ini menghuni kedudukan keempat Liga Super dengan mengumpul 35 mata, hanya dipisahkan dengan Terengganu yang menghuni tangga ketiga menerusi beza jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram