Khuzaimi Piee: Saya Buat Apa Yang Jurulatih Suruh
Dunia
FA Malaysia
Advertisements


Pemain pertahanan Harimau Malaya, Khuzaimi Piee mahu melakukan apa sahaja yang dimahukan oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon dalam usaha untuk meraih kejayaan buat pasukan negara.

Pertahanan berusia 28 tahun itu berjaya memperagakan aksi yang cukup memberangsangkan untuk membantu pasukan mempamerkan kebangkitan ketika ini.

Beliau juga memiliki kemampuan untuk mencipta gerakan dari bawah menerusi keampuhan kaki kirinya selain mempunyai ketenangan untuk mengawal benteng pertahanan Harimau Malaya.

Advertisements

Dalam satu temubual, beliau menjelaskan bahawa antara kunci kepada aksi konsistennya ketika ini adalah disebabkan oleh jurulatih.

“Apa yang jurulatih beritahu, kamu lakukan.”

Sambil itu, bekas pertahanan Melaka United ini juga percaya bahawa para pemain berjaya mengimplementasikan apa yang dimahukan oleh jurulatih pada perlawanan tersebut.

Advertisements

“Ketika menentang Brunei, kami berjaya untuk melakukan apa yang dimahukan oleh jurulatih.”

“Saya berharap agar kita akan tampil lebih baik dan dapat menampilkan falsafah yang dimahukan oleh Kim Pan-gon,” jelasnya oleh The Star.

Khuzaimi turut mengakui bahawa beliau dapat beraksi dengan baik disebabkan oleh tunjuk ajar daripada barisan kejurulatihan untuk memperbaiki corak permainannya mengikut kesesuain pelan dan juga taktikal.

Advertisements

Beliau sekali lagi dijangka mendapat kepercayaan oleh Pan-gon bagi mengetuai jentera pertahanan negara bertemu Hong Kong malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram