Khuzaimi Piee Idam Debut Di Pentas AFC
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Pemain pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee mengidamkan debut di pentas Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023.

Pemain kelahiran Melaka itu menjelaskan bahawa akan memberikan sedaya upaya untuk mendapatkan kemenangan menentang Sri Pahang di tempat lawan Sabtu ini. Beliau juga tidak akan sia-siakan peluang yang ada membawa pasukan ke tahap yang luar biasa.

Khuzaimi yang optimis terhadap kekuatan rakan sepasukannya dan akan memastikan mereka mempamerkan aksi yang terbaik hingga memperolehi kejayaan cemerlang bagi musim ini sekali gus layak ke saingan AFC kelak.

Advertisements

“Saya dan rakan semua akan cuba bagi yang terbaik untuk perlawanan terakhir dengan Pahang ini untuk mendapatkan kemenangan.“

“Kami akan menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada ini untuk membawa pasukan ke tahap lebih tinggi dan insya-Allah dapat layak ke Piala AFC 2023,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Untuk rekod, Negeri Sembilan telah berjaya mengumpul 14 mata selepas menewaskan Melaka United pada Isnin lalu, dan berbaki satu perlawanan penutup tirai dan penentu saingan Liga Super musim ini menentang Sri Pahang, 15 Oktober kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram