Kim Pan-gon Akan Terapkan ‘Taktikal Sebenar’, Bakal Buat Pemain Termuntah
Dunia
MakanBola
FAM
Advertisements

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon telah selesai menjalani latihan sulung pada semalam. Hari pertama latihan pusat kem Harimau Malaya telah dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengendali yang juga merangkap pengurus pasukan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa sesi latihan pertama ini adalah berfokuskan kepada pemulihan pemain.

Advertisements

Hal ini adalah kerana pada kelmarin rata-rata pemain ini telah bermain dalam perlawanan pertama saingan Piala FA bersama kelab masing-masing.

“Malam tadi ramai yang bermain (saingan Piala FA) selama 90 minit, jadi kita beri keutamaan kepada soal pemulihan.”

Advertisements

Umum mengetahui, pada kebiasaannya corak latihan jurulatih daripada Korea Selatan dan Jepun amat menitikberatkan soal kecergasan. Ada juga kemungkinan para pemain akan mengalami muntah-muntah.

Walau bagaimanapun hal ini kebiasaannya hanyalah sementara dan lama kelamaan pemain Malaysia juga akan terbiasa dengan corak latihan keras ala-ala Korea.

Advertisements

Dalam pada itu, Kim Pan-gon juga menyatakan bahawa hari ini bakal bermulanya sesi penerapan taktikal baharu buat pasukan. Pada rabu pula, latihan sebenar akan dijalankan.

“Esok pagi kita akan mulakan dengan taktikal dan latihan sebenar mungkin hanya bermula pada Rabu ini,” kata Pan Gon kepada Utusan pada semalam.

Advertisements

Kem Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura pada 22 Mac bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac 2022.

News Comments Account