Kim Pan-gon Genius, Arahkan Perbadanan Stadium Buat ‘Sesuatu’ Sebagai Kelebihan Tuan Rumah
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Tindakan bernas oleh jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelang Kelayakan Piala Asia dilihat sebagai satu usaha yang sangat genius.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini telah meneliti dua aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ini dari pelbagai aspek untuk memperbaiki segala kelemahan menjelang kejohanan penting ituz

Hal ini juga termasuklah persiapan yang dilakukan dari segi persediaan padang yang secara jelasnya bakal menjadi antara salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi persembahan para pemain di atas padang.

Advertisements

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganalisi bebas, Piang Shankly, beliau telah memuat naik satu hantaran yang menjelaskan usaha keras barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk mempersiapkan pasukan.

Beliau menjelaskan bahawa Pan-gon sudah pun meminta pihak perbadanan stadium untuk membetulkan semula struktur dan permukaan padang termasuklah ketinggian rumput bagi memastikan aksi terbaik ditampilkan oleh anak buahnya.

“Kim Pan-gon sudah memberi arahan kepada perbadanan stadium untuk memotong rumput kepada sesetengah ukuran (cm)”

Advertisements

“Keluasan padang juga berlainan untuk setiap perlawanan.”

Tindakan genius beliau ini juga menunjukkan usaha komitednya untuk memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri ditambah pula dengan aksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya nanti.

Persiapan dari segi aksi juga dilihat berjalan lancar apabila Malaysia menang kedua-dua aksi persahabatan selain menampilkan peningkatan dari segi corak permainan berpasukan.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan cabaran Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh dalam usaha merebut satu daripada 11 slot automatik yang ditawarkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram