Kim Pan-gon Bangga Pemain Harimau Malaya ‘Tak Cakap Kosong’
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan pertama jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon bermula dengan kemanisan apabila Malaysia mempamerkan aksi yang cukup luar biasa untuk mengatasi Filipina dengan keputusan 2-0.

Kim Pan-gon jelas berasa bangga dengan kesungguhan dan kerja keras yang ditampil pemain kebangsaan untuk mendapat kemenangan seperti yang ditunjukkan sepanjang sesi latihan minggu lalu.

Pengendali skuad negara itu akui setiap pemain ada kelebihan untuk beraksi. Namun perlukan masa untuk jadi yang terbaik dan beliau selalu mengingatkan setiap pemain perlu ada keyakinan diri untuk bermain.

Advertisements

“Mereka menunjukkan kesungguhan sepanjang sesi latihan dan saya nampak mereka bekerja keras dengan mencuba sebaik mungkin di atas padang,” ujarnya.

“Kita ada model permainan tersendiri tetapi kita perlu bersabar. Saya tahu pemain Malaysia memang berkualiti dan bagus, jadi saya sentiasa ingatkan mereka supaya percaya kepada diri sendiri.”

Dalam pada itu, Pan-gon turut berpuas hati walaupun ada pertukaran pada separuh masa kedua, pemain mampu mengekalkan rentak dan corak permainan yang sama seperti masa pertama.

Advertisements

“Bukan sahaja dari segi taktikal tetapi juga mental dan semangat berpasukan. Ini satu reaksi yang sangat bagus daripada pemain.”

“Walaupun melakukan pertukaran pada separuh masa kedua, pemain dapat mengekalkan rentak dan corak permainan mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Sebagai rekod, kemenangan itu menyaksikan Pan Gon menamatkan ‘kitaran’ badi 18 tahun yang membelenggu pengendali skuad kebangsaan yang sebelum ini gagal meraih kemenangan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian mereka.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan cabaran sebenar iaitu menentang pasukan Singapura pada Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram