Kim Pan-gon Bukan ‘Hype’, Malaysia Mudah Tumpaskan Filipina 2-0
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama dibawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-gon apabila menumpaskan Filipina 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Singapura.

Kim Pan-gon mempertaruhkan formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini dimana Farizal Marlias diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten pasukan Harimau Malaya. Dion Cools bermain diposisi asalnya iaitu pertahanan kanan manakala Shahrul Saad dan Khuzaimi Piee digandingkan dibahagian tengah. Trio serangan Malaysia kali ini ialah gandingan Arif Aiman-Syafiq Ahmad-Akhyar Rashid.

Filipina pula menampilkan Neil Etheridge selaku penjaga gol utama pasukan. Beberapa pemain Filipina yang beraksi di Liga Malaysia turut membarisi kesebelasan utama pasukan seperti Charlie de Murga, Manny Ott dan Bienvenido Maranon.

Advertisements

Bermula babak pertama, skuad Harimau Malaya tidak menunggu lama apabila berjaya meraih gol pertama seawal minit ke-3 perlawanan. Gol tersebut berpunca daripada through ball Corbin Ong kepada Akhyar Rashid yang pantas menerima dan melepaskan rembatan kencang ke arah gawang gol.

Malaysia tampil yakin dalam perlawanan ini namun kemudiannya memperlahankan sedikit rentak serangan ekoran berlaku beberapa kekasaran dan kecederaan. Namun itu tidak mengganggu ketajaman Malaysia dihadapan gawang gol apabila Akhyar Rashid sekali lagi menjaringkan gol untuk gol kedua Malaysia. Safiq Rahim yang pantas melancarkan serangan balas melakukan hantaran pada Syafiq Ahmad sebelum Syafiq melorongkan bola kepada Akhyar yang berada dalam kotak penalti.

Filipina berjaya mengasak kubu pertahanan Malaysia beberapa kali namun tindakan pantas Khuzaimi Piee dan Shahrul Saad dibenteng tengah pasukan berjaya menggagalkan percubaan Filipina.

Advertisements

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia mendominasi perlawanan dan mengekalkan rentak serangan. Arif Aiman hampir menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke 60-perlawanan namun percubaan beliau sempat dihadang pemain Filipina. Kemasukan Sumareh, Liridon dan Safawi turut menambah mutu serangan apabila beberapa siri percubaan berbahaya berjaya dilakukan Malaysia.

Filipina hampir menjaringkan gol pada minit ke 85 perlawanan menerusi tandukan Harry Foll namun percubaan tersebut sedikit tersasar. Malaysia kerap kehilangan bola dalam 10 minit terakhir perlawanan dan ini memberi peluang buat Filipina mengatur gerak serangan. Namun tiada gol dapat dihasilkan oleh pasukan Filipina dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Malaysia berjaya menewaskan cabaran Filipina dengan jaringan 2-0. Perlawanan seterusnya buat pasukan Harimau Malaya adalah menentang pasukan Singapura pada 26 Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram