Kim Pan-gon Jadi ‘Melayu’

Pangon Kim Pan-gon Jadi 'Melayu'
Foto: Famalaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat segak mengayakan kain pelikatnya ketika meraikan warga kerjaya dalam Hari Keluarga FAM 2022 yang dijalankan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Beliau bersama rakan kerjanya yang lain seperti jurulatih Pau Marti dilihat beraksi dalam acara bola sepak kampung dengan memakai kain pelikat.

Seorang yang berasal dari Korea Selatan semestinya berlainan bangsa dan agama, Kim Pan-gon tidak malu untuk mengayakan pakaian yang melambangkan kemelayuan.

Antara permainan lain yang disertai oleh Pan-gon, adalah seperti tarik tali dan lari dalam guni.

Kali terakhir program ini dijalankan pada tahun 2016 dan Hari Keluarga ini telah disertai oleh kakitangan FAM, Ahli-ahli jawatankuasa FAM, barisan kejurulatihan dan ahli keluarga masing-masing.

Ini adalah suatu perkara baik buat beliau sendiri serta rakan sekerjanya yang lain untuk terus mendalami dan memahami budaya di Malaysia.