Kim Pan-gon Jenguk Faisal Halim, Motivasi Makin Meningkat
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Susulan pemulihan Faisal Halim menunjukkan kemajuan yang positif, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melawat beliau di sebuah hospital swasta hari ini.

Selepas menjadi mangsa kes simbahan asid baru-baru ini, bintang Selangor FC itu terpaksa mengharungi beberapa pembedahan bagi membantu proses pemulihannya.

Advertisements

Kini, proses pemulihan Faisal berjalan lancar termasuk dipindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.

Beliau dilaporkan sudah boleh berjalan, mampu menikmati makanan dan cuba melakukan latihan ringan. Faisal juga dibenarkan berjumpa dengan keluarga selepas mendapat persetujuan doktor.

Advertisements

Menurut laporan Nadi Arena, perkembangan positif ini turut mendorong Pan-gon melawat beliau di hospital dan memberi semangat kepadanya untuk fokus kepada pemulihan.

Jurulatih Korea Selatan itu sentiasa memantau perkembangan terbaru Faisal. Malah, tidak lama selepas pemain sayap kebangsaan itu menjalani proses pemulihan, Pan-gon menyatakan sokongan kepada beliau.

Advertisements

“Kami semua bersama anda, Faisal!” coretnya dalam satu hantaran di Instagram beliau pada 9 Mei lalu.

Pan-gon kini dalam misi mencari ramuan alternatif untuk membantu skuad negara mendepani dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan hadapan.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan untuk aksi kelayakan seterusnya pada 6 Jun. Selepas itu, Harimau Malaya akan menutup kempen Kumpulan D dengan menentang Taiwan pada 11 Jun.

News Comments Account