Kim Pan-gon Sudah Jumpa Kesebelasan Utama ‘Idaman’ Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Perlawanan pertama jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon bermula langkah kanan apabila Malaysia memperagakan aksi yang cukup luar biasa untuk mengatasi Filipina dengan keputusan 2-0.

Pasukan negara memulakan permainan dengan cukup baik seawal minit pertama permainan menerusi tekanan dan juga ’Man Marking’ yang amat baik ke atas setiap pemain Filipina yang mula mengatur gerak.

Ini juga menyebabkan para pemain The Azkals tidak mempunyai ruang dan pilihan untuk melakukan hantaran pendek sekaligus memaksa mereka untuk melepaskan bola dengan lebih awal.

Advertisements

Ketenangan jentera tengah pasukan yang diketuai oleh bekas kapten kebangsaan, Safiq Rahim dilihat menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan apabila Malaysia jelas mendominasi perlawanan dan juga penguasaan bola terutamanya pada separuh masa pertama.

Malah, pasukan Filipina seakan-akan buntu untuk mengatur gerak bagi melancarkan serangan ke kubu Malaysia yang dikawal rapi oleh penjaga gol berpengalaman, Farizal Marlias.

Ini juga bertitik-tolak daripada transisi yang begitu cepat daripada serangan untuk kembali bertahan oleh para pemain Harimau Malaya.

Advertisements

Pada perlawanan semalam, anak buah pan-gon dilihat jelas menerapkan kemahuan jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu apabila bermain secara compact dengan sekurang-kurangnya terdapat 6-7 orang pemain yang berada pada kawasan sendiri semasa Filipina melakukan serangan.

Sungguhpun terdapat beberapa perubahan yang dilakukan pada separuh masa kedua, Pan-gon jelas mahu Harimau Malaya kekal bermain dengan intensiti tinggi sehingaga 90 minit permainan.

Bukan itu sahaja, kelibat beliau sentiasa kelihatan di tepi padang untuk menegur anak buahnya tatkala pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dilihat turut ditegur untuk kekal dalam falsafah yang sudah diterapkan dalam sesi latihan.

Advertisements

Percubaan demi percubaan yang dilakukan pada separuh masa kedua gagal diterjemahkan untuk melebarkan kedudukan, namun persembahan para pemain negara jelas mengubat hati para penyokong.

Harimau Malaya beraksi dengan cukup baik apabila dua gol yang disumbangkan oleh Akhyar Rashid sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan bermakna itu.

Malaysia bakal berdepan cabaran sebenar iaitu menentang pasukan Singapura pada Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram