Ads
Kim Pan-gon Kongsi Detik Menyentuh Hati Bertemu Faisal Halim
Harimau Malaya
FA Malaysia

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mengakui merasa sebak semasa melawat bintang Selangor FC, Faisal Halim di hospital baru-baru ini.

Advertisements

Pada 5 Mei lalu, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat beli-belah di Lembah Klang.

Advertisements

Situasi ini menyebabkan beliau perlu melalui empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Selangor bagi membantu proses pemulihannya.

Advertisements
Advertisements

Justeru, apabila Pan-gon berkesempatan melihat keadaan pemain sayap Selangor itu baru-baru ini, jurulatih berusia 55 tahun itu merasa tersentuh melihat keadaannya. Beliau turut menyifatkan pengalaman itu sebagai antara perkara yang sukar pernah dilihatnya.

“Amat sukar (bagi saya). Apabila saya bertemu dengan beliau (Faisal), saya tak boleh lihat. Saya tak boleh lihat muka dan badan beliau.

Advertisements

“Beliau (berada dalam keadaan) menyedihkan. Saya tak boleh bercakap dengan beliau, beliau tak boleh bercakap dengan saya,” katanya dengan nada sebak kepada media di Wisma FAM.

Penyokong Harimau Malaya merasa gembira apabila Faisal dibenarkan meninggalkan hospital pada Sabtu lalu.

Dan bagi membantu proses pemulihan beliau, bekas pemain sayap Terengganu FC itu kini menjalani program pemulihan khas yang diatur Selangor.

Advertisements

Walau bagaimanapun, lokasi terkini Faisal dan keluarganya dirahsiakan oleh pengurusan Merah Kuning atas faktor keselamatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram