Kim Pan-gon Minta Maaf, Tekad Lebih Dinamik & Agresif Selepas Ini

Kim Pan gon 6 Kim Pan-gon Minta Maaf, Tekad Lebih Dinamik & Agresif Selepas Ini
FA Malaysia
Aqil Ikhwan @aqil_ikh
11:06am 27/03/2022

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat permohonan maaf kepada semua penyokong Harimau Malaya atas kekalahan skuad kendaliannya yang menentang pasukan Singapura dalam siri jelajah Tri-Nations 2022.

Menurut satu kenyataan selepas perlawanan, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu amat berpuas hati dengan anak buahnya kerana kerja keras dan kesungguhan yang dipamerkan membuktikan mereka layak berada dalam skuad kebangsaan. Bagaimanapun, keputusan tidak menyebelahi skuad Harimau Malaya.

Jurulatih yang berusia 52 tahun turut menganggap saingan kedua malam tadi merupakan perlawanan ujian yang sangat baik buat pemain kebangsaan sekaligus memberi dorongan kepada beliau untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk perlawanan yang akan datang.

Bukan itu sahaja, Pan-gon menjelaskan skuad negara perlu lebih dinamik dan agresif bagi mengubah corak permainan untuk membuktikan bahawa mereka layak berada di satu peringkat yang tertinggi suatu hari nanti.

Keputusan malam tadi turut diakui Pan-gon dimana ia memberikan impak yang sangat besar bagi beliau untuk lebih sedar dan bersedia dengan lebih baik untuk kelayakan Piala Asia nanti.