Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon percaya bahawa skuad kebangsaan mempunyai kualiti yang dimiliki dan sepatutnya menjadi juara Piala AFF tahun lalu.
Menerusi satu kenyataan oleh Nazrin Arif yang juga merupakan wartawan dan pengulas sukan, beliau ada berkongsikan mengenai satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim.
Menurut beliau, Faisal menyatakan bahawa jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu terkejut apabila pasukan negara tidak berjaya melalui kejohanan Piala AFF dengan baik apabila tersingkir di peringkat kumpulan.
’Dia (Kim Pan-gon) kata kenapa kita tak juara Piala AFF.’
‘Dia (Kim Pan-gon) kata kita sepatutnya muncul juara, dia cakap kita pasukan yang bagus,’ -Jelasnya dalam satu kenyataan.
Pan-gon dikatakan menyampaikan perkara tersebut di hadapan pemain yang dipanggil pada latihan pusat kali ini.
Dalam senarai pemilihan oleh jurulatih berusia 52 tahun ini, beliau mengekalkan 15 daripada 24 orang pemain yang dibawa pada kempen Piala AFF tahun lalu.
Pan-gon memiliki tugas yang besar menjelang perlawanan pertama dalam siri persahabatan di Singapura dalam usaha untuk mencari ramuan yang terbaik bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia pada Jun ini.