Kim Pan-gon Perhatikan Gerak Geri PJ City & Melaka United
Dunia
UNIFI
Advertisements

Perlawanan minggu pertama saingan Liga Super 2022 yang membabitkan pasukan PJ City menentang Melaka United telah dijadualkan pada semalam. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah hadir bagi menyaksikan perlawanan pembukaan tersebut di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Kim Pan-gon kelihatan hadir menyaksikan perlawanan itu bersama-sama dua orang penolong jurulatihnya iaitu Pau Marti Vicente dan E. Elavarasan.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya ini dilihat sudah mengorak langkah dengan lebih awal bagi mengintai pemain-pemain berpotensi yang bakal dipanggil untuk membarisi skuad kebangsaan kelak.

Advertisements

Dalam perlawanan semalam, PJ City selaku tuan rumah berjaya mengutip tinga mata penuh hasil jaringan tunggal oleh S. Kumaahran. Pada minit ke-43 permainan, S. Kumaahran berjaya menjaringkan gol menerusi ‘Half Voli’ yang cantik menewaskan penjaga gol Melaka United, Norazlan Razali.

Kombinasi pemain lokal yang dipertaruhkan PJ City dibahagian serangan menerusi Darren Lok, Mahali Jasuli dan S. Kumaahran membuahkan hasil apabila trio ini beberapa kali berjaya menembusi benteng pertahanan Melaka United.

Sementara Melaka United yang dibarisi lima pemain import dilihat masih mencari keserasian dan mencorakkan gaya permainan tersendiri. Walaupun bintang-bintang hebat seperti Ifedayo, Sony Norde dan Adriano barisi bahagian serangan, namun Melaka United masih sukar untuk tembusi gawang PJ City.

Advertisements

Perlawanan semalam berkesudahan dengan kemenangan milik PJ City dengan jaringan 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram