Kim Pan-gon Pilih Hong Kong & Myanmar Uji Taring Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon telah pun membuat keputusan untuk memilih pasukan kebangsaan Hong Kong dan Myanmar sebagai medan ujian seterusnya buat Harimau Malaya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM), pasukan negara akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 27 Mei hingga 1 Jun 2022.

Perlawanan ini juga menjadi pentas persiapan terakhir sebelum skuad kebangsaan bakal mengharungi tiga aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia bermula 8 hingga 14 Jun 2022.

Advertisements

Jurulatih berusia 52 tahun itu melihat bahawa pemilihan bagi menentang dua pasukan ini amat bersesuaian setelah dinilai dari pelbagai aspek.

Hal ini juga bagi memastikan bahawa pasuka negara benar-benar bersedia sebelum turun berhadapan dengan pasukan Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh nanti.

Pasukan Harimau Malaya yang kini berada pada kedudukan ke-157 dunia itu bakal bertembung denagn lawan yang dilihat setara selepas Myanmar berada pada kedudukan ke-152 sementara Hong Kong pula pada kedudukan ke-147.

Advertisements

Pan-gon telah pun melakukan persediaan yang amat baik selepas Malaysia melalui siri perlawanan persahabatan yang amat memberangsangkan di Singapura tempoh hari.

Kini, ujian sebenar bakal dihadapi Pan-gon untuk mengembalikan kegemilangan pasukan kebangsaan di pentas Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram