Kim Pan-gon Akhirnya Pilih Zhafri Yahya Ganti Darren Lok
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penantian pemain pasukan KL City FC, Zhafri Yahya untuk mewakili Harimau Malaya berkahir apabila beliau dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk menyertai latihan pusat kebangsaan.

Persembahan memukau pemain berusia 27 tahun itu dalam saingan Liga Super musim ini telah berjaya menawan hati pengendali dari Korea Selatan itu.

Menurut satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia itu bakal menggantikan penyerang PJ City FC, Darren Lok apabila difahamkan beliau terpaksa diketepikan oleh Harimau Malaya.

Advertisements

Khidmat penyerang berusia 33 tahun itu difahamkan terpaksa dilupakan oleh Pan-gon setelah beliau dilaporkan positif COVID-19 sekaligus terlepas mengetuai jentera serangan negara.

Sungguhpun begitu, khidmat Zhafri sudah pastinya menjadi aset penting dalam percaturan barisan kejurulatihan baharu ditambah pula dengan persembahan mantap musim ini bakal memberi saingan kepada pemain lain.

Advertisements

Skuad negara kini dalam persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan kelas 1 menentang Filipina pada 23 Mac ini sebelum berdepan Singapura tiga hari kemudian dengan kesemua aksi berlangsung di Kota Singa.

Ini juga merupakanpentas terbaik bagi membuat persediaan sebelum beraksi di Kelayakan Piala Asia 2023 Jun ini, di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram