Kim Pan-gon: Semoga Penyokong Menikmati Perlawanan Ini
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon jelas teruja melihat aksi anak buahnya menundukkan cabaran Hong Kong dengan keputusan 2-0 semalam.

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, pemain negara menunjukkan disiplin yang tinggi, fokus dan konsisten sepanjang perlawananan seperti yang dikehendakinya.

“Jadi, hari ini (malam tadi) bercakap tentang tidak mencari kemenangan tetapi jika kita bermain dengan konsisten seperti ini, kita boleh melakukannya. 

Advertisements

“Pemain telah membuktikan semangat, tenaga dan semua keinginan mereka kepada kita. Semoga para peminat dapat menikmatinya. Pada saya, ini masih belum 100 peratus tapi kita mengorak langkah demi langkah untuk memenuhi jangkaan peminat,” katanya pada sidang media selepas perlawanan seperti dilaporkan Bernama.

Dalam perlawanan semalam, ledakan penalti Safawi Rasid dan sepakan percuma Safiq Rahim berjaya menghadiahkan kemenangan buat Malaysia menewaskan Hong Kong yang berada di ranking ke-147 dunia.

Selepas ini skuad negara akan memulakan kelayakan Piala Asia dengan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti menentang Bahrain (11 Jun) dan diakhiri dengan perlawanan menentang Bangladesh (14 Jun). Kesemua perlawanan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram