Kim Pan-gon Tak Kisah Jika Tak Menang Lawan Singapura
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan bahawa kemenangan bukanlah sasaran utama menentang Singapura malam ini.

Menurut satu kenyataan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan, perkara utama yang mahu ditekankan menjelang perlawanan persahabatan kedua ini adalah untuk membentuk sebuah pasukan yang utuh.

Hal ini disebabkan, beliau mahu menyiapkan sebuah pasukan yang mampu untuk beraksi dan bersaing dalam kelayakan Piala Asia 2023 dan juga Piala AFF.

Advertisements

‘Jadi apa yang kita perlu buat sekarang adalah membina asas yang teguh. Kita perlu lebih mengenali para pemain dalam situasi perlawanan sebenar.’

Jurulatih berusia 52 tahun itu turut menegaskan, sungguhpun beliau mengetahui kemenangan penting untuk diperoleh daripada perlawanan ini, namun beliau percaya peluang harus diberikan kepada para pemain bagi membuktikan kebolehan mereka di atas padang.

‘Fokus utama dalam pertemuan esok bukanlah untuk menang, tetapi untuk memaksimumkan situasi untuk melihat bagaimana pemain bertindak,’ -Jelas beliau dalam satu temubual.

Advertisements

Pan-gon juga mahu menjadikan perlawanan ini sebagai medan terbaik untuk melihat barisan pemain ‘idaman’ untuk merencanakan perancangan berikutnya.

Namun begitu, Kim dijangka tidak akan melakukan banyak perubahan dalam kesebelasan utama yang dipilih menentang Filipina bagi memastikan keseimbangan dalam pasukan dikekalkan.

Ini juga bagi mengekang cabaran Singapura yang turun dengan barisan terbaik dari skuad Piala AFF sebelum ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram