Kim Pan-gon Tak Nak Orang Lain Ganggu Beliau Buat Pilihan
Dunia
AFP
Advertisements

Pencarian penolong ketua jurulatih buat Kim Pan Gon dijangka bakal selesai seawal minggu hadapan dalam usaha membentuk gandingan barisan kejurulatihan buat skuad kebangsaan menjelang kelayakan Piala Asia Jun tahun ini.

Menurut satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, sungguhpun tular pelbagai desas-desus mengenai calon yang bakal mengisi jawatan pembantu kepada jurulatih Korea Selatan itu, namun beliau menyatakan nama-nama yang tular itu hanyalah sekadar khabar angin.

Saifuddin berkata, Pan Gon dijangka akan tiba pada minggu hadapan dan menjalani kuarantin sebelum beliau sendiri akan memutuskan untuk memilih pembantunya yang terdiri dalam kalangan jurulatih tempatan.

Advertisements

‘Pada peringkat awal, kita menerima sekurangnya enam permohonan untuk mengisi jawatan terbabit dan akan meminta Pan Gon memilih individu berkenaan kelak.’

‘Sekarang ini memang banyak spekulasi mengaitkan dengan individu tertentu untuk mengisi jawatan itu namun tunggu saja apabila ketua jurulatih baharu Harimau Malaya tiba dan kita akan membuat pengumuman,’ katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, terdapat beberapa nama yang sudah hangat diperkatakan bagi mengisi jawatan sebagai pembantu kepada Pan Gon bagi mengepalai skuad Harimau Malaya.

Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, dan penolong jurulatih Selangor, Nidzam Jamil antara nama yang sedang hangat diperkatakan untuk membantu Pan Gon selain nama jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin Hassan turut dilihat sebagai potensi yang baik buat skuad negara.

Jurulatih berusia 53 tahun ini juga akan membawa empat pembantu iaitu iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis bersama-sama dalam staf kejurulatihan.

Cabaran terbesar Pan-gon adalah untuk memilih barisan pemain terbaik yang bakal dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023, Jun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram