Advertising
Kim Pan-gon Tak Sampai Hati Lagi Terapkan Tempo Permainan Intensiti Tinggi
MakanBola
TEAM MALAYSIA

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon yakin dengan kebolehan setiap pemain yang ada untuk membentuk sebuah skuad yang mantap. Kim Pan-gon bersama skuad Harimau Malaya telah selesai menjalani sesi latihan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada semalam.

Jurulatih yang berusia 52 tahun itu mengakui bahawa corak permainan yang berintensiti tinggi atau tempo permainan yang pantas amat penting dalam bola sepak moden. Namun mengambil kira beberapa faktor, penerapan permainan seperti itu belum lagi sesuai buat masa sekarang.

Ad

“Intensiti tinggi atau tempo permainan pantas sangat penting pada masa kini namun kami perlu memahami banyak perkara termasuk fizikal pasukan, memahami permainan atau juga taktikal lawan kami.”

Ad

Kim Pan-gon juga menyatakan bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya akan melakukan yang terbaik demi meningkatkan prestasi dan mutu permainan setiap pemain.

“Lagipun, kami akan cuba yang terbaik dalam meningkatkan asas yang kami ada,” katanya ketika ditemui Bernama pada hari pertama sesi latihan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

Tambah Pan-gon, belum sampai waktu yang sesuai untuk skuad kali ini menerapkan corak permainan berintensiti tinggi. Sebaliknya terus fokus dengan kelebihan sendiri dan percaya kepada proses yang sedang dijalankan.

Ad

“Kita tidak boleh terus sahaja ke arah itu kerana ia pasti gagal. Kita akan melihat apa yang kita ada dan cuba mengadaptasi dari semasa ke semasa,” ujar Pan-gon.

Ad