Teka-Teki Terjawab, Kim Pan-gon Umum Senarai Akhir 23 Pemain Ke Kelayakan Piala Asia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kim Pan-gon akhirnya menamatkan penantian sekian lama untuk melihat senarai akhir 23 orang pemain apabila ia telah pun diumumkan sebentar tadi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa jurulatih berusia 51 tahun itu telah pun memuktamadkan pemain yang ingin dibawanya ke saingan Kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Antara watak penting yang sudah dijangka kekal termasuklah pemain-pemain  berpengalaman seperti Safiq Rahim, Farizal Marlias, Shahrul Saad dan juga Syafiq Ahmad.

Advertisements

Sementara itu, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu kekal mempertaruhkan duo naturalisasi negara, De Paula dan juga Mohamadou Sumareh namun Liridon Krasniqi tidak berjaya untuk kekal dalam senarai akhir.

Antara muka baharu yang berjaya menanbat hati Pan-gon termasuklah kelibat penjaga gol, Syihan Azmi dan juga pertahanan PJ City FC, Ruventhiran.

Walau bagaimanapun, Malaysia bakal turun tanpa pemain-pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha, Khair Jones, Afiq Fazail, R. Kogileswaran, Kalamullah Al-Hafiz dan juga Syahmi Safari yang mengalami kecederaan.

Advertisements

Malaysia bakal turun berdepan cabaran Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh dalam usaha untuk mencuri satu slot automatik ke Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram