Kim Sang-sik Bongkar Formasi Malaysia Secara Terbuka
MakanBola
VIETNAM FF

Jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik memahami taktikal Malaysia dan sedia mencari kelemahan bagi menumbangkan Harimau Malaya dalam aksi separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026.

Perlawanan Malaysia vs Vietnam menjadi tumpuan selepas kali terakhir Pahlawan Bintang Emas beraksi di tanah air menyaksikan skuad tersebut tumbang 4-0 di tangan Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Namun, keputusan aksi tersebut telah berubah dan diberikan kemenangan 3-0 kepada Vietnam berikutan isu 7 pemain warisan Malaysia.

Meski rekod pertemuan memihak Pahlawan Bintang Emas, Harimau Malaya masih tetap turun dengan barisan terbaik dalam misi meraih kemenangan besar sekali gus membawa bekalan selesa ke Hanoi pada 19 Ogos ini.

Menurut Kim Sang-sik, beliau memahami formasi Harimau Malaya dengan bagus dan memuji pasukan Malaysia yang mempunyai kesefahaman baik.

“Seperti yang saya ketahui, Malaysia biasanya menggunakan formasi 4-4-2. Mereka mempunyai keseimbangan yang sangat baik dan merupakan sebuah pasukan yang bagus.”

Selepas itu, beliau akan meneliti skuad Harimau Malaya dengan terperinci supaya dapat meraih keputusan positif.

“Namun begitu, kami akan terus menganalisis kelemahan mereka dan membuat persiapan sebaik mungkin untuk perlawanan esok. Semoga kami dapat membawa pulang keputusan yang baik,” kata beliau dalam sesi sidang media sebelum aksi bertemu Malaysia pada esok.

Aksi Malaysia vs Vietnam bakal berlangsung pada Ahad, 16 Ogos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan sepak mula tepat jam 9 malam waktu tempatan.