Kim Swee Akui Keliru Dengan Penentuan Slot Piala AFC
Liga Super
Aiman / MakanBola
Advertisements

Di sebalik berjaya menamatkan saingan Liga Super 2022 di kedudukan tiga teratas, Sabah FC gagal merebut slot beraksi di Piala AFC musim depan.

Menuju beberapa jam sebelum perlawanan terakhir liga bagi musim ini, bukan sahaja penyokong, malah pegawai pasukan sendiri menyangka kedudukan tiga teratas akan menjamin kelayakan ke pentas Asia.

Namun secara tiba-tiba Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa slot akan diberikan kepada juara Piala Malaysia, dan pemberian slot kepada pasukan tangga ketiga liga adalah pilihan terakhir. Malah menurut MFL, ini keputusan yang sudah dibuat sejak Januari.

Advertisements

Sabah yang tergelincir dari tangga kedua ke tangga ketiga susulan kekalahan kepada JDT, berputih mata disebabkan pengumuman secara tiba-tiba itu.

Kini, Sabah masih ada dua talian hayat jika mahu menyambar tiket terakhir Piala AFC.

Pertamanya mereka kena menjuarai Piala Malaysia – sesuatu yang tidak pernah dilakukan mereka dalam sejarah pertandingan itu – dan yang kedua, mengharapkan Terengganu dan JDT layak ke final Piala Malaysia.

Advertisements

Kim Swee optimis, peluang masih terbuka tatkala pasukannya berpeluang melangkah setidak-tidaknya sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

“Ketika saya mula menggalas tugas sebagai ketua jurulatih, pihak pengurusan meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik namun saya mempunyai sasaran tersendiri yang ingin ditunaikan.

“Kalau bukan kerana kekeliruan pasukan mana yang akan layak ke Piala AFC, saya rasa hari ini saya, pihak pengurusan dan pemain sudah bersorak kegembiraan berbanding berada dalam situasi ini.

Advertisements

Sepatutnya, kita sudah layak (Piala AFC) sekiranya tidak ada masalah di saat terakhir. Kita masih belum putus asa, ada saingan Piala Malaysia untuk kita lalui dan cuba bagi capai matlamat seberapa jauh kita boleh pergi,” kata Kim Swee.

Sabah yang pernah muncul sebagai finalis Piala Malaysia sebanyak tiga kali akan membuka kempen menentang Uitm FC di pusingan kedua. Mereka dijangka bertemu Penang ataupun Kuching City di suku akhir dan JDT dijangka menanti di separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram