King’s Cup: Tajikistan Bangkit Tumbangkan Trinidad & Tobago Untuk Ke Final
Dunia
FF Tajikistan
Advertisements

Pertembungan separuh akhir Piala Raja Thailand (King’s Cup) antara pasukan Trinidad & Tobago berkesudahan dengan keputusan 2-1 memihak kepada Tajikistan.

Tajikistan yang berada pada kedudukan ke-104 dunia jelas berada dalam kelas tersendiri seawal minit pertama permainan.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaik dengan nama-nama seperti Keston Julien, Levi Garcia dan Judah Garcia dipertaruhkan selain Tajikistan membariskan Akhtam Nazarov, Shahrol Samiev dan Tabrez Islomov pada perlawanan ini.

Advertisements

Namun begitu, Trinidad & Tobago yang dibimbing oleh Angus Eve mula mengatur gerak untuk mengasak kubu lawan sebelum memperoleh jaringan menerusi Judah Garcia pada minit ke-27.

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Petar Segrt terus berusaha gigih untuk mencari gol penyamaan dah hasilnya, jaringan berjaya dihasilkan oleh penyerang berbisa pasukan, Mukhammadzhon Rakhimodov sebaik sahaja separuh masa kedua berlangsung.

Trinidad yang terkenal dengan jolokan Soca Warriors melakukan beberapa pertukaran namun seakan memakan diri apabila Tajikistan meledak gol kedua menerusi gerakan cantik sebelum disudahkan oleh Ekhson Pandzhshanbe.

Advertisements

Tajikistan berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat wisel permainan untuk mengesahkan slot ke Final.

Kemenangan ini menyaksikan mereka layak ke pentas akhir dan bakal berdepan dengan salah satu pasukan sama ada Thailand atau Malaysia pada 25 September kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram