Isu pengadil sekali lagi menjadi perhatian ketika aksi Negeri Sembilan vs JDT pada Jumaat.
Aksi Negeri Sembilan vs JDT berlangsung cukup sengit di Paroi dengan berbagai siri serangan drencana oleh kedua-dua pasukan dalam usaha untuk mencatatkan kemenangan.
Walau bagaimanapun, ketika aksi menuju wisel penamat, Manuel Hidalgo muncul hero JDT dengan satu tandukan cantik yang menembusi pintu gawang Negeri Sembilan.
Di sebalik perlawanan tumpuan ini, berlaku beberapa insiden yang menghangatkan lagi aksi membabitkan keputusan oleh pengadil sehingga menjadi pertikaian para peminat-peminat.
Sungguhpun begitu, Nidzam Jamil sebagai jurulatih Negeri Sembilan enggan memberikan komen mengenai keputusan oleh pengadil, sebaliknya fokus kepada prestas pemain yang boleh dikawal
“Bukan isu masa tambahan (sampai) 9, 10 atau 12 minit tapi isunya kita perlu kekal fokus (kerana) kita tidak boleh kawal pengadil dan suasana,” jelas Nidzam Jamil lagi.
”Apa yang kita boleh kawal adalah cara kami bermain dan bagaimana cara nak tamatkan aksi dengan mengutip satu mata, itu sahaja isunya,” ulas Nidzam Jamil.
”Pahit tapi (sebab) kita belajar dengan JDT, saya rasa ini pengajaran berguna,” tambah beliau.
Kekalahan ini meletakkan Negeri Sembilan di tangga ke-6 Liga Super setakat ini dengan mengumpul 17 mata tatkala JDT pula terus gah di takhta hasil 14 kemenangan bersih.
Selepas ini, Negeri Sembilan bakal bertandang ke Stadium MBPJ untuk berdepan Negeri Sembilan manakala JDT pula akan kembali ke gelanggang sendiri bagi menanti kunjungan Kuching City.