KL City Bakal Berkolaborasi Dengan Kelab Dari UAE?
Dunia
KL City FC
Advertisements

Beberapa kelab Liga Super diketahui telah mengadakan kerjasama dengan kelab luar seperti Perak-VfL Wolfsburg dan JDT-Sharjah. Kini, giliran KL City pula dikhabarkan bakal bekerjasama dengan kelab yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini selepas bakal pemilik KL City, Azri Azerai mendedahkan hasrat tersebut menerusi satu ciapannya di Twitter.

Hasrat itu mampu direalisasikan sekiranya proses pengambilalihan KL City berjalan lancar. Sebelum ini, proses pengambilalihan City Boys dikatakan bakal dimuktamadkan sekitar suku pertama atau Mac ini.

Advertisements

Azri, 23, merupakan anak kepada ahli perniagaan terkemuka tanah air, Datuk Seri Noor Azerai Ahmad. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Corp Bhd dan pernah menjadi pengarah bukan eksekutif Serba Dinamik.

Beliau turut mempunyai kelulusan ijazah kepujian dalam kewangan, pelaburan dan risiko dari The London Institute of Banking & Finance.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram