Ads
Dunia
KL City FC

Ketika ini, Paulo Josue dan Romel Morales masih lagi berstatus pemain import KL City. Tetapi tidak lama lagi, status tersebut akan ditukar kepada pemain naturalisasi.

Advertisements

Ini didedahkan sendiri oleh CEO KL City FC, Stanley Bernard. Tetapi buat masa ini, kedua-duanya disenaraikan sebagai pemain import untuk saingan liga musim 2023.

Advertisements

“Kami melihat Romel dan Paulo sebagai pemain import dan mereka hampir untuk menjadi pemain naturalisasi,” katanya.

Advertisements

Advertisements

Kedua-dua pemain layak memohon status naturalisasi selepas menetap di negara ini selama lima tahun. Josue, 33, menyertai City Boys dari kelab Brazil, Votuporanguense pada 2017 dan merekodkan 81 penampilan.

Manakala Morales, 25, pula telah berada di Malaysia sejak 2018. Sebelum KL City, graduan akademi Banfield itu pernah bermain bersama Selangor II dan Melaka United.

Advertisements

Menyertai kelab pada 2021, Morales membantu KL City menjulang Piala Malaysia pada tahun tersebut dan naib juara Piala AFC tahun lepas.

Permohonan naturalisasi Josue dan Morales telah dibuat Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sekitar Oktober atau November tahun lepas.

Advertisements

Sekiranya status naturalisasi mereka berdua disahkan, ia bukan saja akan mengurangkan bilangan pemain import City Boys. Malah, ia akan menambah bilangan pemain yang boleh dipilih Kim Pan-gon untuk skuad Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram