KL City Hilang Jurulatih
Dunia
KL City FC
Advertisements

Bangku kejurulatihan KL City tidak akan sama untuk Liga Super musim 2023. Ini selepas pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak, Nenad Bacina tidak lagi bersama City Boys selepas menerima tawaran kelab Arab Saudi, Al-Fayha.

Pengumuman pemergian penolong jurulatih berdarah Croatia itu dibuat menerusi laman media sosial rasmi KL City semalam.

Bacina menyertai Al-Fayha selepas ditawarkan kedudukan sebagai pengarah akademi kelab Liga Pro Arab Saudi itu.

Advertisements

Bekas jurulatih Woodlands Wellington itu menyertai KL City sebagai pembantu Bojan pada musim 2021. Dalam tempoh dua musim bersama City Boys, gandingan Bojan dan Bacina membantu kelab itu menjulang Piala Malaysia (2021) dan naib juara Piala AFF musim lepas.

Selain Woodlands Wellington, Bacina juga pernah melatih JDT II, Penang FC, Hougang United dan Tampines Rovers.

Dengan pemergian rakan senegaranya itu, Bojan akan dibantu Goran Rosanda dan bekas kapten pasukan kebangsaan, Muhammad Shukor Adan untuk saingan liga musim 2023 yang bakal bermula pada akhir Februari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram