KL City Lancarkan ‘Ramadan Cup’, Hadiah Keseluruhan RM 3000 Untuk Dimenangi
Dunia
KL City
Advertisements

Pasukan futsal Kuala Lumpur City (KL City) FC bakal menganjurkan satu pertandingan futsal yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Ramadan ini.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi pasukan, KL City mempelawa mana-mana pasukan yang mahu menyertai pertandingan itu untuk segera mendaftarkan pasukan sebelum 31 Mac ini.

Pertandingan yang dijangka bakal melibatkan pertembungan antara 16 hingga 24 pasukan yang dijadual berlangsung pada 8 April sehingga 24 April ini.

Advertisements

Perlawanan ini juga akan bermula selepas jam 9.30 malam sekaligus bakal memberi ruang buat para peserta untuk menunaikan solat Isyak dan juga melakukan tarawih sebelum pertandingan bermula.

Bukan itu sahaja, perlawanan juga akan berlangsung menggunakan peraturan FIFA sepenuhnya dengan format perlawanan ’Stoppage time’ 15-5-15 bakal digunakan.

Ini bagi memastikan bahawa setiap pasukan dapat memperoleh minit permainan yang mencukupi sekaligus dapat memperagakan model permainan terbaik.

Advertisements

Malah, pihak pengajur juga menyediakan ganjaran lumayan dengan hadiah terkumpul sebanyak RM3000 disediakan.

Pasukan yang menjadi johan dijangka bakal membawa pulang wang berjumlah RM 2000 manakala pasukan yang menjadi naib juara bakal membawa pulang RM 1000.

Bagi kategori pembayaran pula, setiap pasukan yang bertanding hendaklah membayar sebanyak RM 350 sebagai yuran pendaftaran selain RM 150 bagi yuran deposit sekuriti dan juga RM 150 bagi setiap perlawanan.

Advertisements

Pertandingan ini dijangka bakal menerima sambutan hangat oleh para pemain futsal di sekitar KL dan juga Lembah Klang dalam usaha untuk menjadi pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Untuk mendaftar boleh terus berhubung dengan Saudara Amar di sini (WhatsApp) atau hubungi 60193181849.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram