KL City Tetap Bangga Pencapaian Kelompok 4 Terbaik
MakanBola
Kuala Lumpur City FC

Kuala Lumpur City FC (KL City FC) tetap bangga kerana dapat menamatkan musim 2025/26 dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Super.

Perkara ini dizahirkan penolong Jurulatih KL City FC, Wan Mustafa Wan Ismail. Ini kerana pada hemat beliau, ini pencapaian terbaik pasukan itu dalam tempoh lebih 30 tahun.

Justeru, pencapaian ini seharusnya menjadi batu loncatan buat pasukan itu untuk tampil lebih cemerlang pada musim hadapan.

“Tempat keempat dan 37 mata ini adalah pencapaian terbaik KL City dalam lebih 30 tahun dan saya rasa ini satu musim yang sangat baik buat pasukan.

“Kita harap musim ini menjadi satu permulaan yang baik dan memberi semangat kepada pasukan untuk lebih mencabar kedudukan dua teratas musim depan,” katanya seperti dilaporkan TVS.

KL City terlepas peluang menamatkan musim dengan kemenangan apabila tewas 1-0 di tangan Kuching City FC.

Kemenangan itu sudah cukup buat Kuching City untuk meraih tempat kedua sekaligus layak ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).