Kobe Chong Ganti Azam Azih Di Sri Pahang?
Dunia
Kobe Jae / FA Malaysia
Advertisements

Walaupun terdapat desas-desus mengatakan bahawa pemain berdarah kacukan Malaysia-England, Kobe Jae Chong akan berhijrah ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), namun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi dari pasukan JDT mahupun dari Kobe sendiri.

Baru-baru ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ada memuat naik satu ciapan di laman twitter milik beliau berkenaan status terkini Kobe Chong. Ciapan tersebut menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat bola sepak tanah air.

Dalam ciapan tersebut, Zulhelmi mengucapkan selamat datang kepada Kobe Chong dan pada masa yang sama mengucapkan ‘All the best’ buat pemain tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih. Seperti yang diketahui, Azam kini merupakan antara pemain tengah terbaik dalam negara dan beliau merupakan pemain yang setia bermain bersama kelab Tok Gajah itu sejak bermulanya karier bola sepak beliau.

Advertisements

Adakah Kobe Chong akan menggantikan tempat Azam Azih di Sri Pahang dengan menyaksikan Azam Azih berhijrah ke pasukan lain? Ke mana pula halatuju Azam Azih selepas ini jika meninggalkan Sri Pahang?

Azam kini sedang bersama skuad negara kendalian Kim Pan-gon untuk kempen kelayakan Piala Asia 2023 manakala Kobe pula sudah berada di Malaysia untuk menyelesaikan urusan dokumentasi bagi membolehkan beliau beraksi dengan skuad Harimau Malaya suatu masa nanti.

Nama Kobe Chong sebelum ini disebut-sebut untuk beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara kendalian Brad Maloney bagi kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan namun urusan dokumentasi yang belum lengkap menjadikan impian kita semua mahu melihat aksi bekas pemain Peterborough FC itu tidak kesampaian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram